SUJUD SAHWI
Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah
terlupa sesuatu di dalam sholat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan
sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum
salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat
kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat.
Doa sujud sahwi adalah seperti berikut:
[سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu
Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa."
Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.
1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan
1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.
2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
1. Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat
ab'adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum
terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri
tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud
sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam,
maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan
tidak perlu sujud sahwi.
3. Sujud Sahwi karena Ragu-ragu
1.
Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada
terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam
rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:
1. Sekiranya
seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti),
umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan
rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang
lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
2. Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong
pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus
mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu
jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu
sujud sahwi sebelum salam.
Hal-hal Penting Berkenaan Dengan Sujud Sahwi
1. Apabila seseorang meninggalkan salah satu rukun solat secara tidak
sengaja, dan ia belum sampai pada rukun yang sama di rakaat berikutnya,
maka ia wajib kembali kepada rukun yang tertinggal itu, dan kembali
meneruskan solat dari situ. Sekiranya dia sudah berada pada rukun yang
tertinggal itu pada rakaat berikutnya, maka rukun yang tertinggal itu
dianggap terganti dengan rukun pada rakaat berikutnya itu. Pada
kedua-dua hal ini, wajib dia melakukan sujud sahwi setelah salam atau
sebelumnya.
2. Apabila sujud sahwi dilakukan setelah salam, maka harus pula melakukan salam sekali lagi.
3. Apabila seseorang yang melakukan solat meninggalkan sunat ab'adh secara sengaja, maka batallah solatnya.
1. Jika ketinggalan kerana lupa, kemudian dia ingat sebelum beranjak
dari sunat ab'adh tersebut, maka hendaklah dia melaksanakannya dan tidak
perlu sujud sahwi.
2. Jika ia teringat setelah melewatinya tapi
belum sampai kepada rukun berikutnya, maka hendaklah dia kembali
melaksanakan rukun tersebut, lalu sujud sahwi selepas salam.
3. Jika
ia teringat setelah sampai kepada rukun yang berikutnya, maka sunat
ab'adh itu gugur, dan dia tidak perlu kembali kepadanya untuk
melakukannya, akan tetapi perlu sujud sahwi sebelum salam.
4.
Sekiranya seseorang itu terlupa sujud sahwi dan teringat hanya selepas
memberi salam maka bolehlah ia sujud sahwi, dengan syarat ingatan itu
timbul dalam masa yang tidak begitu lama.
5. Sekiranya imam terlupa sujud sahwi, makmum bolehlah sujud sahwi setelah imam memberi salam.
SUJUD TILAWAH
Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga
dilakukan di luar sholat, setelah selesai menghabiskan bacaan ayat
sajadah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah
membaca takbir tanpa mengangkat tangan seperti ketika takbiratul ihram,
apabila hendak bangun dari sujud disunatkan mengangkat kepalanya dengan
bertakbir.
BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD TILAWAH
Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di sunatkan ialah:
sajada wajhiya lilladzi khalaqahu wasyaqqa sam'ahu wabasharahu waquwwatuhu fa tabaarakallahu ahsanul khaliqiin
Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada (Allah,Zat) yang Menciptakannya,
yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya
dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah
kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”
Menurut Imam Al-Qalyubiy
bahwa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir
berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud, namun disyaratkan (dalam
keadaan berwudhu) seperti ucapan:
Ertinya:“Maha suci Allah dan
segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan Allah itu Maha Besar”.
Dibaca zikir tersebut sebanyak
empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.
(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)
SUJUD SYUKUR
Sujud
syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang
dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang
dari malapetaka.
HUKUM SUJUD SYUKUR
Jumhur ulama
berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang
diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :
“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam
bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap
kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda
mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku
dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah
mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku
akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada
engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai
tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Dalam
hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahwa
Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu
perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah
Al-Minhaj)
Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad yaitu:
Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.
BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?
Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah, sujud yg dilakukan diluar sholat.
Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di
dalam sujud tilawah yaitu suci dari hadas kecil dan besar, menutup
aurat dan menghadap kiblat.
Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika
sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan
di dalam sujud tilawah.
Begitulah cara Islam mengajarkan kita
bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas
daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan
juga bersedekah. ( Mughni Al-Muhtaj 1/219). Menurut Al-Khawarizmi, jika
ingin mengganti sujud syukur maka lakukanlah sedekah, maka itu adalah
yang lebih baik.
Semoga bermanfaat,
Kyai Gaul