MTs Negeri Tanjung Selor
Kunjungan Bupati Bulungan Pada Pekan Budaya Birau 2012 di Stand Pameran Jajaran Kemenag Kab. Bulungan
Kamis, 16 Januari 2014
SUJUD SAHWI, SUJUD TILAWAH DAN SUJUD SYUKUR
SUJUD SAHWI
Sahwi bermaksud lupa sesuatu. Pengertian dari segi syarak adalah
terlupa sesuatu di dalam sholat. Sujud sahwi adalah sujud yang dilakukan
sebanyak dua kali setelah selesai bacaan Tahiyat akhir dan sebelum
salam; ia dikerjakan untuk menutup kecacatan dalam pelaksanaan solat
kerana terlupa, dan hukumnya adalah sunat. Doa sujud sahwi adalah seperti berikut: [سُبْحَانَ مَنْ لَا يَنَامُ وَلَا يَسْهُوْ] Subhaana man-laa yanaamu walaa yashuu Ertinya: "Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa." Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu. 1. Sujud Sahwi Kerana Kelebihan 1. Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud, dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi. 2. Sujud Sahwi Kerana Kekurangan
...